Sunday, January 24, 2010

Kerana Entri Ringkas



Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung sekalian. Saya tertarik untuk mengulas serba sedikit tentang isu yang sedang hangat diperkatan di negara kita hari ini. Bukan berkenaan isu kalimah Allah, atau isu politik tanah air, tetapi satu isu yang tampak remeh namun mampu memberikan kesan yang besar dan melakarkan sejarah tersendiri semenjak semalam. Apa yang ingin saya ulaskan di sini ialah berkenaan dengan nama Aduka Taruna, seorang penulis blog jalanan seperti saya, yang tidak lebih dari blogger yang saban hari meluahkan perasaan di dada-dada blog untuk tontonan pengunjung lamannya. Mungkin satu masa dahulu nama Aduka Taruna hanyalah sekadar nama asing yang tidak terlalu dikenali di dunia internet, namun nama itu tiba-tiba meletop di seluruh negara lebih-lebih lagi di alam cyber disebabkan satu entry ringkas yang ditulis oleh penulis tersebut di blog adukataruna.blogspot.com.

Penulis ini mempunyai cara tersendiri untuk meraih publisiti murahan dengan tulisan yang sangat ringkas, sama ada di dalam atau di luar kesedarannya, taktiknya benar-benar memberi hasil yang pada pandangan saya tidak keterlaluan untuk mengatakan taktik publisiti murahannya benar-benar ajaib. Mana tidaknya, para blogger lain seperti saya menghabiskan masa berjam-jam lamanya setiap hari untuk mengkaji taktik SEO (Search Engine Optimization), Blogwalking (mengunjungi rakan-rakan blogger yang lain), menelaah e-book dan bermacam-macam lagi untuk mendapatkan hasil yang menghampakan. Mungkin 100 unik pengunjung atau lebih. Untuk mendapatkan 30 pengunjung di atas talian dalam satu-satu masa pun bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi blog-blog baru seperti saya yang baru setahun jagung ini. Namun hanya kerana satu tulisan ringkas di blognya, telah membuatkan blognya menjadi terkenal sehinggakan alamat blognya heboh berkumandang di corong-corong radio dan televisyen. Secepat kilat blog ini mendapat jumlah pembaca atas talian yang sangat ramai (inilah kali pertama saya lihat blog yang mempunyai pengunjung seramai itu dalam satu-satu masa). Anda boleh saksikan sendiri gambar di bawah ini screenshot yang saya ambil sendiri dari blog Aduka Taruna (kurang sesuai nak letak kata ganti diri beliau hehe).





P/s: Para blogger lain nampaknya dah ada taktik baru untuk meningkatkan traffic ke blog hehe. Berani buat berani tanggung.

Friday, January 22, 2010

Jangan salahkan Isteri untuk jantina bayi yang tidak anda kehendaki

Dari sepotong ayat di dalam Al-Quran:

“Dan Dialah (Allah) yang menciptakan pasangan-pasangan lelaki dan perempuan (jantan dan betina) daripada nutfah (benih) sewaktu ianya dipancarkan”

(Surah An-Najm 53:45-46)

1400 tahun dahulu tanpa asas pengetahuan genetik, masyarakat menerima ayat ini sebagai satu kenyataan yang biasa ataupun sekadar firman yang biasa dari tuhan. Begitu juga dengan saya, sebelum mempelajari subjek genetik semester ini, saya juga mempunyai pendapat yang sama seperti nenek moyang kita dahulu. Namun setelah saya mempelajarinya daripada Puan Fatimah Corazon Abdullah (sengaja saya catatkan nama pensyarah kesayangan) semester ini (tiga tahun lalu sewaktu saya di sem 1), saya telah menyedari bahawa sebenarnya ayat ini telah mendedahkan tentang konsep penentuan jantina di mana bagi manusia, kewujudan cromosom Y yang menentukan jantina bayi terdapat di dalam sperma. Sebenarnya perkara asas tentang penentuan jantina ini telah saya ketahui semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Namun ianya bukanlah isu yang ingin dibincangkan di sini. Adalah sangat jelas di dalam ayat ini, Allah berfirman bahawa Dia telah menciptakan lelaki dan perempuan (ataupun jantan dan betina) daripada benih yang dipancarkan menunjukkan bahawa Allah telah mendedahkan rahsia ciptaanNya.

Seseorang yang mempunyai minda yang wajar seharusnya memikirkan bahawa pastinya terdapat sesuatu yang tersimpan di dalam “benih yang dipancarkan” sehingga ia diperkatakan sedemikian rupa. Ayat ini adalah sangat jelas mengesahkan bahawa pancaran benih inilah yang menentukan jantina seseorang bayi yang bakal dilahirkan. Saya masih ingat selingan pengajaran yang dikatakan oleh pensyarah saya Puan Fatimah, “kepada bakal-bakal ayah, anda tidak sepatutnya menyalahkan isteri sekiranya memperolehi jantina bayi yang tidak dikehendaki kerana benih andalah yang menentukan jantina bayi anda samaada lelaki ataupun perempuan”

Di sini saya ingin melanjutkan lagi pemahaman ini kepada tambahan sistem penentuan jantina untuk organisma-organisma yang lain.sebagai contoh selain sistem XY pada manusia, terdapat system ZW pada burung, sistem haplo-diploid pada lebah dan sistem X-O pada serangga tertentu di dalam menentukan jantina generasi organisma-organisma tadi. Setiap satu daripada sistem-sistem ini mempunyai konsep yang serupa dengan system XY pada manusia iaitu jantina anak adalah ditentukan oleh 'benih yang dipancarkan' . Anda boleh dengan mudah mengesahkan fakta menakjubkan ini melalui rujukan kepada pelbagai buku-buku genetik. Adalah jelas bahawa Al-Quran adalah firman Pencipta. Fakta ini telah berada di dalam Al-Quran semenjak 1400 tahun dahulu, sebelum Bapa Genetik Greggor Johann Mendel melalui penemuan istimewanya telah mempelopori pengetahuan Genetik kita hari ini. Al-Quran sentiasa relevan untuk sebarang zaman.

Kita sedia maklum bahawa Al-Quran dibawakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW 1400 dahulu, baginda yang buta huruf ditambah dengan ketiadaan ilmu sains beserta dengan kekurangan teknologi pada zaman baginda, adalah mustahil bagi baginda untuk mereka Al-Quran yang sebegini hebat seperti yang dikatakan oleh orientalis barat. Ianya sangat jelas bahawa Al-Quran tidak mungkin dicipta oleh manusia. Wallahua'lam..

“Science and religion always in agreement”

Rujukan: GENETICS analysis and principles by ROBERT J.BROOKER page 64

Modified by Blogger Tutorial

Trivial But Miracle ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP